Sultan Pahang
Sultan Pahang adalah gelar keturunan Raja-Raja dan Bendahara Melaka yang merupakan keturunan dari Sang Nila Utama dengan puteri Demang Lebar Daun dari Palembang iaitu Raden Ratna Cendera Puri. Sejarah kesultananPengasasKesultanan Negeri Pahang dikatakan telah ada sejak zaman Melaka pada masa Sultan Muhammad Shah[1] yaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum itu, Pahang berada di bawah pemerintahan Kerajaan Siam. Perebutan kuasaPada tahun 1614, berlaku peristiwa di mana perebutan kuasa antara Sultan Abdul Ghafur dengan anggota keluarganya dan berakhir dengan terbunuhnya Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah. Kemudian Sultan Ahmad telah dilantik sebagai Sultan di Pahang. Serangan AchehPada tahun 1617, Aceh di bawah kepimpinan Sultan Iskandar Muda telah menyerang Pahang dan membawa Sultan Ahmad dan keluarganya ke Aceh. Di bawah pemerintahan JohorSeterusnya,pemerintahan Negeri Pahang telah diletakkan di bawah Kesultanan Johor yang berpusat di Johor. Di bawah kesultanan tersebut, pemerintahan Negeri Pahang diletakkan di bawah pemerintahan seorang Bendahara. Keadaan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Marhum mangkat dijulang). Apabila Sultan Mahmud Shah II mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) pemerintahan telah berpindah kepada Bendahara pada masa itu yaitu Bendahara Paduka Raja, Tun Abdul Jalil anak Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang Saujana). Tun Abdul Jalil (Marhum mangkat di Kuala Pahang) menaiki takhta kerajaan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil IV. Seorang putra Baginda bernama Tun Abbas dijadikan Bendahara yang memerintah di Pahang. Dari zuriat Tun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang dari kalangan Bendahara sehingga pemerintahan Bendahara Siwa Raja,Wan Ahmad. Pemerintahan sendiriDengan disetujuinya Perjanjian London tahun 1824, telah mengakibatkan pemisahan pemerintahan di antara Riau dengan Johor dan Pahang. Setelah kekuasaan Raja di Riau dirampas oleh Belanda, maka pemerintah Pahang dan Johor telah membentuk pemerintahan sendiri dengan memakai gelar Sultan. Kesultanan Pahang yang ada pada hari ini dimulai saat Bendahara Wan Ahmad mula memakai gelaran Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah pada tahun 1882 . Daftar Sultan PahangSultan
Raja Bendahara
Sultan
Rujukan
Catatan kaki
Pranala luar
|