She Was Pretty ialah seri drama web Malaysia 2022 arahan Yusry Abdul Halim dengan pengarang skrip oleh Rafidah Abdullah, Mamu Vies, Baizura Kahar, Haris M. Nor dan Nadia Khan.[1] Seri ini dibintangi oleh Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza, Alvin Chong dan ramai lagi. Drama ini juga diadaptasi dari drama populer Korea Selatan "She Was Pretty" yang disiarkan oleh MBC.[2] Drama adaptasi ini telah disiarkan di platform penstriman Viu dari 23 Juni 2022 sehingga 4 Ogos 2022 dan ditayangkan sebanyak dua episod setiap minggu.[3]
Sinopsis
Buah hati dari zaman anak-anak bertemu kembali untuk kali pertama dalam jangka masa 15 tahun sebagai pekerja majalah fesyen. Nadia dan Haniff merupakan jiran tetangga saat zaman persekolahan. Haniff merupakan seorang yang gemuk dan berkawan dengan Nadia yang cantik dan popular. Pada suatu hari, Haniff terpaksa mengikut keluarganya ke luar negara. Mereka berpisah selama 15 tahun. Nadia yang dahulunya cantik, menjadi hodoh akibat rambutnya yang keriting dan wajahnya penuh berjerawat. Dia sering dijadikan bahan ejekan dan perlian dari orang-orang sekeliling. Mujur Nadia mempunyai sahabat baik bernama Kejora (Jo). Jo seorang yang cantik, seksi, dan diminati oleh ramai lelaki tetapi dia tidak kisah bersahabat dengan Nadia. Dia selalu memberi dukungan kuat kepada kawannya itu.
Satu hari, Haniff bakal pulang ke Malaysia dan ingin bertemu dengan Nadia setelah bertahun berkomunikasi melalui emel. Nadia sangat teruja tetapi malu karena risau jika Haniff tidak mau bertemu dengannya setelah melihat penampilannya yang terkini. Dia terpaksa meminta Jo untuk menyamar sebagai dirinya. Mau atau tidak, Jo akur dengan permintaan sahabatnya itu. Pada pemikiran Haniff, Jo adalah Nadia.
Apa yang Haniff tidak sedar, Nadia yang sebenar adalah pekerja sementara yang selalu dimarahi olehnya di departemen majalah The Most. Mujur rakan sekerja Nadia, Ashraff selalu menjadi penyelamatnya dan membuatkan Nadia selesa di kantor. Jo pula mula jatuh cinta dengan Haniff setelah Haniff menyelamatkannya dari gangster yang ingin menganggunya. Dapatkah Nadia dan Jo memberitahu Haniff bahwa Jo bukan Nadia sebenar? Bolehkah Haniff dapat mengetahui tentang Nadia, pekerja bawahannya sebagai Nadia yang sebenar?
Ia disutradarai oleh Yusry Abd Halim yang sebelum ini pernah mengarahkan seri Ganjil di Viu.[8] Malaysia juga merupakan negara ketujuh yang menerbitkan adaptasi drama ini setelah Turki, China, India, Vietnam, Jepun dan Thailand.
Rilis
She Was Pretty ditayangkan di Viu dimulai 23 Juni 2022 dengan 2 episod disiarkan berturut-juga, dan 3 episod terakhir disiarkan pada 4 Ogos 2022.[8][9][10][11]
Anugerah
Seri ini juga telah memenangi "Anugerah Televisyen Asia 2022" dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Penerima anugerah ialah Alvin Chong yang memainkan watak Ashraff di dalam seri ini.
Referensi
^ abcdefghijk"She Was Pretty Malaysia". My Infotaip. 16 Mac 2022. Diakses tanggal 11 Disember 2022.Periksa nilai tanggal di: |access-date=, |date= (bantuan)Kesalahan pengutipan: Tanda <ref> tidak sah; nama "She Was Pretty Malaysia" didefinisikan berulang dengan isi berbeda
^ abNannie Isa (28 Jun 2022). "SHE WAS PRETTY VERSI BAHASA MALAYSIA, BEST KE?". Kite Punye. Diakses tanggal 11 Disember 2022.Periksa nilai tanggal di: |access-date= (bantuan)Kesalahan pengutipan: Tanda <ref> tidak sah; nama "BEST KE" didefinisikan berulang dengan isi berbeda