Nazril Idrus, lebih dikenal sebagai Nash, adalah seorang pengusaha Malaysia dan peserta pertama dari Malaysia yang mengikuti program Apprentice Asia. Dia juga merupakan suami dari salah seorang pemeran terkenal di Malaysia yaitu Sazzy Falak.
Biografi
Nazril Idrus mulai terlibat dalam persada hiburan televisi pada tahun 1995 sebagai pemeran iklan Jack and Jill. Pada tahun 1996, ia berperan dalam televisi buat julung kali melalui telemovie Deejay di bawah arahan pelakon dan penerbit Wafa Abdul Kadir. Selepas itu dia juga turut berlakon dalam beberapa telemovie yang lain antaranya Cinta dan KeadilanDiarsipkan 2015-07-09 di Wayback Machine. ( tahun 2009), Rashid & Co ( tahun 2010) dan telemovie disamping isteri dia Sazzy Falak,Dan Sebenarnya. Nazril mula berlakon film pertamanya sebagai watak sampingan yaitu Kayangan pada tahun 2009 dan seterusnya Tanda Putera ( 2013). Selain berlakon dia turut aktif dalam bidang pengacaraan antaranya ialah Wanita Hari Ini ( 2010), The Breakfast Show (2011) dan Let’s Talk with Nazril Idrus ( 2011).
Pada tahun 2009, selain berlakon dan menjadi pembawa acara dia turut menyertai rancangan realiti Sehati Berdansa Musim Ke-3 di Astro Ria bersama isteri dia. Pasangan ini mendapat tempat kedua apabila ditewaskan oleh pasangan Sein & Nana di final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada malam 26 Disember 2009. Program realiti kedua yang turut disertai oleh dia ialah Apprentice Asia pada tahun 2013. Dia merupakan peserta pertama dari Malaysia di dalam program tersebut.
Minat dalam bidang keusahawanan dan pelaburan, dia mendirikan syarikat dia sendiri, LVG Consultants dan dia merupakan seorang pengarah bagi SFbySazzyFalak Sdn Bhd yg merupakan salah satu perniagaan pakaian online di Malaysia.
Nazril Idrus telah pun berkahwin dengan pasangannya iaitu Sazzy Falak, juga seorang personaliti televisyen Malaysia terkenal dalam satu majlis penuh istiadat pada 8 November 2006. Mereka telah dikurniakan dengan sepasang kembar perempuan iaitu Imaan Lily dan Tiara Rose pada tahun 2011