Kontratenor

Kontratenor merujuk kepada penyanyi lelaki dewasa yang menyanyi dalam rentang suara alto, mezzo-sopran atau sopran, kebiasaannya melalui penggunaan falseto (teknik pemalsuan suara), atau juga melalui suara naluri (head register). Istilah “kauntertenor” digunakan khas untuk konteks vokal tradisi musik klasik. Suara ini melalui perubahan dan kepopuleran yang besar pada separuh awal kurun ke-20, melalui seorang penyanyi berbangsa Inggeris, Alfred Deller, yang memperkenalkan suara ini dalam opera era barok untuk menggantikan penyanyi kastrato. Sebelum itu, peranan-peranan tersebut dinyanyikan oleh penyanyi kastrato, namun kerana sukar untuk mencari penyanyi kastrato pada kurun ke-20, kontertenor awalnya digunakan sebagai pengganti.

Walaupun penyanyi kontertenor telah lama dianggap sebagai penyanyi yang disanjungi, namun, kontertenor modern dikata lebih cemerlang dalam opera dengan repertoir yang lebih besar.

Sejarah

Pada lewat zaman pertengahan dan zaman pembaruan, istilah kontratenor digunakan untuk bahagian suara dalam kaunterpoin melodi berlawanan dengan nyanyian penyanyi tenor. Nota musik lingkungannya adalah hampir sama dengan lingkungan penyanyi tenor.

Pada kurun ke-15, kontratenor berpecah kepada dua iaitu kontratenor altus dan kontratenor bassus (bahasa Latin), yang mana altus adalah lingkungan atas tenor dan basus di bawah. Walau bagaimanapun, pada kurun ke-16, istilah ini menjadi lapuk kerana seni Latin hilang popularitinya. Di Italia, "contratenor altus" bertukar menjadi alto; di Perancis dipanggil haute-contre, di Inggris menjadi kontertenor. Istilah ini hanyalah bertukar panggilan namanya sahaja, namun penggunaan suara ini adalah tetap sama dari era Barok lagi; iaitu seorang yang boleh menyanyikan bahagian alto atau sopran dan bukan bahagian penyanyi tenor.

Suara kauntertenor

Templat:Vocal ranges visualSetiap suara penyanyi lelaki memiliki daftar "falseto". Dalam daftar tingkat ini, kord vokal beralih dengan membesarkan keseluruhan lingkungan suara penyanyi tersebut untuk menghasilkan bunyi "falseto". Lingkungan suara ini kebiasaannya berada di penghujung kord vokal. Penyanyi tenor menggunakan kombinasi teknik falseto dan suara dada ketika menyanyi, manakala penyanyi bariton dan bas hanya berbuat demikian untuk nyanyian muzik moden sahaja.

Walaupun begitu, penyanyi kauntertenor kebiasaannya adalah penyanyi yang mana "vokal tengah" mereka terletak dalam lingkungan falseto. Kontratenor yang belajar untuk meluaskan suara dada mereka untuk mendapat falseto yang lebih jelas dikenali sebagai falsettis.

Kategori suara (fächer) kauntertenor

  • Sopranis dan kauntertenor adalah suara nyanyian lelaki tertinggi yang biasanya menyanyikan peranan yang ditulis untuk kastrato untuk opera pada era barok. Mereka kerap (terutamanya kauntertenor) menyanyikan dalam lingkungan tersebut melalui penggunaan falseto, namun kebanyakan sopranis mampu menyanyikan nada setinggi itu tanpa penggunaan falseto.
  • Peranan:

Antara penyanyi kauntertenor yang pernah memainkan peranan-peranan ini termasuklah James Bowman, Michael Chance, Alfred Deller, Jochen Kowalski, Andreas Scholl, David Daniels, Brian Asawa dan Jean-Paul Fouchécourt.

Lihat juga

Templat:Portal OperaTemplat:Portal Muzik Klasikal

Tautan Wikipedia bahasa Inggris

Pranala luar